My Add

Wednesday 12 December 2012

Taliban Pakistan buka akaun Facebook rekrut anggota baru

ISLAMABAD, RABU, 12 Disember, 2012: Kumpulan Taliban di Pakistan, Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP) semalam membuka akaun Facebook semula sebagai usaha memperluaskan pengaruh kumpulan berkenaan.

Seorang komander TTP yang enggan dikenali berkata, kumpulan berkenaan membuka akaun laman sosial itu dengan menggunakan nama Umar Media.

Laman Facebook yang asal milik TTP telah disekat selepas hanya beberapa minggu dibuka pada September lalu.

Kumpulan berkenaan membuka akaun baru dengan harapan dapat merekrut anggota baru untuk unit penerbitan dan kajian. - DPA

No comments:

Post a Comment