My Add

Saturday 8 December 2012

Taman Manggis: BN enggan mengalah

PULAU PINANG, JUMAAT, 07 Disember, 201: Meskipun kerajaan DAP Pulau Pinang menolak tawaran membeli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, Barisan Nasional (BN) tetap berusaha untuk meneruskan projek tersebut demi hak rakyat negeri ini.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan negeri, Baljit Singh berkata, pihaknya sedang berusaha memasukkan kaveat pendaftar bagi tanah berkenaan daripada Pejabat Tanah.

Menurut beliau, jika permohonan itu diluluskan, bermakna status quo tanah terbabit dikekalkan dan tiada pembangunan dibenarkan.

“Peguam kami memohon untuk memasukkan kaveat pendaftar ke Pejabat Tanah pada 28 November lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima sebarang jawapan," katanya di sini hari ini.

Baljit berkata, permohonan kaveat pendaftar tersebut termaktub di bawah Seksyen 320(1)(a) Kanun Tanah Negara bagi mengelak penipuan dalam urus niaga seperti salah nyata dan salah penggunaan borang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment