My Add

Sunday 9 December 2012

Taufan Bopha diramal ancam barat laut Filipina

NEW BATAAN (Filipina), AHAD, 09 Disember, 2012: Taufan Bopha yang meragut hampir 600 nyawa dan mengakibatkan ratusan yang lain hilang di selatan Filipina difahamkan membuat pusingan-U dan ia kini mengancam barat laut negara itu.

Biro Cuaca Filipina mengaktifkan amaran ribut di kepulauan utara utama Luzon selepas Taufan Bopha menukar arah ke timur laut.

Menurut ahli peramal cuaca, kemungkinan besar ribut bencana akan melanda buat kali kedua, hari ini; bagaimanapun, ia mungkin juga kekal di Laut China Selatan.

Di sebalik ramalan itu, ia bergerak menghampiri pantai dan pegawai bencana Filipina mengeluarkan amaran hujan lebat, disusuli angin kencang dan kemungkinan mencetuskan tanah runtuh di kawasan pergunungan. - AP

No comments:

Post a Comment