My Add

Wednesday 5 December 2012

Taufan Bopha kian buruk, ragut 238 nyawa di Filipina

NEW BATAAN (Filipina), RABU, 05 Disember, 2012:: Angka korban akibat Taufan Bhopa semakin meningkat kepada 238 orang setakat petang ini dengan ratusan lagi dilaporkan masih hilang.

Anggota penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir dan tanah runtuh akibat taufan kuat yang membadai negara itu sejak semalam.

Taufan Bopha membadai kepulauan selatan Mindanao dengan angin kencang selaju 210 kilometer sejam.

Setakat ini, 142 orang maut manakala 241 lagi hilang di kawasan pergunungan bandar New Bataan, di Mindanao, demikian menurut Lt Kol Lyndon Paniza kepada AFP.

Seramai 80 yang lain maut di Wilayah Davao Oriental dan 15 lagi di kawasan lain. - AFP

No comments:

Post a Comment