My Add

Saturday 22 December 2012

Tawaran latihan kemahiran untuk belia melalui program 1B1K

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 Disember, 2012: Sebanyak 2,000 tempat ditawarkan bagi pengambilan pelatih mengikuti kursus-kursus kemahiran di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) pada Januari depan.

Ketua Sekretariat 1B1K, Mohammad Rizan Hassan berkata belia yang menyertai program itu nanti akan diberi latihan dan diserap di beberapa institusi kemahiran yang menjalin kerjasama dengan Majlis Belia Malaysia.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Automotif (Kenderaan Ringan), Automotif (Kenderaan Berat), Elektrik, Elektronik Industri, Kecantikan, Terapi Spa, Kimpalan dan Fabrifikasi Logam, Perhotelan, Pelancongan, Pembuatan Roti dan Peruncitan.

Belia berumur 16 tahun ke atas yang boleh menulis, membaca dan mengira boleh memohon mengikuti Program 1B1K dengan bantuan pembiayaan latihan secara pinjaman, penginapan dan elaun sara diri turut disediakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment