My Add

Wednesday 5 December 2012

Tertuduh buat laporan polis, mahkamah lantik peguam

SHAH ALAM, SELASA, 04 Disember, 2012: Selepas 'dikejutkan' dengan penarikan diri dua peguam bela pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya semalam, Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa tertuduh keempat, R. Kathavarayan telah membuat laporan polis atas faktor keselamatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff setelah peguam bela, Majeet Singh Dhillon menimbulkan persoalan mengenai kawalan ketat pihak polis hari ini yang didakwa luar daripada kebiasaan.

''Tertuduh (Kathavarayan) telah membuat laporan polis kerana risaukan keselamatan ahli keluarganya. Oleh sebab itu, aspek keselamatan telah diberi perhatian namun pihak polis hanya menjalankan tugas menjamin keselamatan,'' ujar Ishak.

Terdahulu, Manjeet memberitahu, melalui pemerhatiannya pagi ini, kawalan polis agak berlainan malah orang awam yang menghadiri perbicaraan itu diminta menunjukkan kad pengenalan dan butiran diri mereka diambil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment