My Add

Saturday 15 December 2012

Thailand, Malaysia negara paling berisiko diserang virus

BANGKOK, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Asia Tenggara adalah rantau paling bahaya untuk pelayar internet diserang virus dengan empat negara rantau itu berada di tangga lima teratas, lapor satu kajian kelmarin.

Penerbitan hal ehwal teknologi Amerika Syarikat, eWeek melaporkan, penyelidikan firma keselamatan internet menunjukkan Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia menduduki tempat lima teratas. Pelayar internet di Indonesia menghadapi 23.5 peratus risiko untuk diserang virus, China di tempat kedua dengan 21.3 peratus diikuti Thailand, 20.8 peratus.

Negara Asia Timur dan Tenggara menduduki tujuh tempat teratas senarai berkenaan, menurut kajian itu.

Di Thailand, misalnya, pengguna web menghadapi risiko diserang virus sekali setiap tiga bulan.

Kajian itu mendedahkan, Thailand semakin terkenal di kalangan penyelidik keselamatan internet lebih setahun lalu.
Pada April 2011, PandaLabs meletakkan Thailand di tempat ke-2 senarai negara yang mempunyai sistem internet paling banyak serangan virus.

Malah, dua pertiga daripada semua pengguna web negara itu menghadapi pelbagai jenis serangan virus.

Kajian dipetik oleh eWeek tidak memberi pembahagian jenis ancaman itu kecuali di Indonesia.

Di negara itu, pengguna web banyak diserang virus Trojan kerana aplikasi perisian yang sudah dijangkiti dijual online.

Laporan Ancaman Keselamatan 2013 itu disiarkan Khamis lalu oleh Sophos. Negara paling selamat ialah Norway, Sweden dan Jepun bagi yang mengakses internet dengan semua serangan di bawah tiga peratus.

Sepuluh negara paling berisiko menghadapi serangan ialah Indonesia, China, Thailand, Filipina, Malaysia, India, Mexico, Emiriyah Arab Bersatu, Taiwan dan Hong Kong. - Agensi

No comments:

Post a Comment