My Add

Thursday 20 December 2012

Tiada rusuhan kaum di Sungai Petani

Oleh AZMAN MD. NOOR, OPAT RATTANACHOT dan AZRAI MOHAMMAD


SIK, RABU, 19 Disember, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan sebanyak 21 orang bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pergaduhan di daerah Kuala Muda dua hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an.

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan.

"Berita palsu yang disebarkan ini termasuk kematian tiga atau dua orang awam telah menjejaskan proses siasatan malah menimbulkan perasaan tidak tenteram orang awam.

"Polis mengesahkan tiada kematian dalam kejadian itu sebaliknya hanya beberapa orang yang cedera," katanya selepas menyampaikan ucapan pada Program Desa Selamat di Felda Teloi Timur dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment