My Add

Thursday 20 December 2012

'Tiada siapa mahu hantar saya ambil keputusan PMR'

 
RABU, 19 Disember, 2012:
RASAH 19 Dis. - Seorang pelajar cacat penglihatan Teh Yong Shing (gambar), 17 hanya mampu mendengar keputusan cemerlang 7A yang diperoleh dalam Penilailan Menengah Rendah (PMR) menerusi panggilan telefon daripada gurunya di Kuala Lumpur.

Malah, kegembiraan anak pemandu lori itu terhenti setakat itu sahaja apabila tiada siapa yang boleh menghantarnya ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak, Kuala Lumpur untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya kerana berada di Taman Harapan Baru, dekat sini.

Apa pun, dia masih dapat meraikan kejayaan itu bersama ibunya, Lee Fut Fah, 54 di rumah tanpa pengetahuan bapanya, Teh Leong Eng, 59 yang sedang bekerja.

''Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh guru selepas mendapat 7A dalam PMR. Yang sedihnya, saya tidak dapat bersama rakan dan guru meraikan kejayaan itu di sekolah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment