My Add

Friday 14 December 2012

Tidak perlu campur tangan kerajaan - Jusuf Kalla

KUALA LUMPUR, KAMIS, 13 Disember, 2012: Kritikan keras bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap Presiden Indonesia ketiga, B.J. Habibie tidak perlu ada campur tangan oleh pihak kerajaan daripada kedua-dua negara.

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Zainuddin semasa menghasilkan tulisan itu di Utusan Malaysia Isnin lalu tidak mewakili kerajaan Malaysia sebaliknya kritikan itu ditulis berdasarkan kepada demokrasi.

Sehubungan itu kata beliau, penyelesaian kepada tulisan tersebut adalah dengan cara akhbar yang sama memberi ruang kepada Habibie untuk menjawab segala kritikan Zainuddin.

''Kita kan tidak mau perang kerana ini. Makanya, kita harus menjawab keras juga. Perlu buat juga tulisan keras. Dia (media) mesti muat,'' kata Jusuf Kalla di Jakarta, semalam.

Berita tersebut telah disiarkan oleh kompas.com dan dipetik daripada http://zamkata.blogspot.com, hari ini.

Dalam pada itu Jusuf percaya Habibie sudah tentu tidak mahu hubungan kedua-dua negara retak ekoran isu tulisan tersebut.

"Yang membuka negeri ini lebih demokratis kan Pak Habibie. Pak Habibie tidak ingin gara-gara satu tulisan kita berkelahi," ujar Jusuf.

Sementara itu dalam blog yang sama hari ini Zainuddin menjelaskan tulisannya yang menyamakan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Habibie sebagai 'budak budak imperialis' (running dog of imperialism) dibuat atas hasrat yang baik dan ikhlas, sama sekali tidak berniat jahat.

Tujuannya beliau berkata, adalah untuk memahamkan rakyat dan pemimpin republik itu tentang formula penting bagi mengekalkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia sejak diasaskan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak serta Presiden Indonesia kedua, Suharto selepas era konfrantasi.

Penjelasan lanjut berhubung isu tersebut boleh diikuti di blog Zainuddin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment