My Add

Tuesday 11 December 2012

Tidak wajib tukar MyKad baru: Lee Chee Leong

KUCHING, ISNIN, 10 Disember, 2012: Rakyat tidak diwajibkan menukar kepada MyKad struktur baru yang dilaksana sejak 3 Januari lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, pelaksanaannya juga adalah secara berterusan dan setakat ini menerima sambutan menggalakkan.

"Respons bagus kerana sesetengah orang berpendapat kad baru ini yang menampilkan kriteria baru lebih baik dari segi keselamatan dan daya tahan.

Namun tidak wajib menukar MyKad kerana versi lama masih diterima pakai," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak (JPNS), di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, bagi yang ingin menukar kepada versi baru boleh memohon di Jabatan Pendaftaran Negara.

Pada lawatan itu, Lee turut memuji JPNS yang mengambil beberapa langkah bagi memperbaiki mutu perkhidmatan seperti memperkenalkan MyKid Ekspress yang memendekkan tempoh permohonan daripada 45 hari kepada sejam.

Pada masa ini cetakan MyKid Ekspress hanya di ibu pejabat di Kuching, namun akan diperluas ke kawasan lain secara berperingkat, katanya.

"Selain itu, JPNS Kuching, turut memperkenalkan kaunter khas untuk mengurus pengambilan MyKadSiap yang dikenali Kaunter 3C (Call, Come and Collect Counter). Pelanggan yang menggunakan khidmat kaunter berkenaan tidak perlu mengambil nombor giliran dan akan dilayan pada waktu temujanji ditetapkan," katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment