My Add

Wednesday 12 December 2012

Tiga majikan tempatan antara 75 yang ditahan dalam Ops 6P di Melaka

MELAKA, RABU, 12 Disember, 2012: Tiga majikan warga tempatan adalah antara 75 yang ditahan Jabatan Imigresen dalam operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P) di dua tapak pembinaan di Melaka Raya dan Alor Gajah di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamalludin Ismail berkata, ketiga-tiga majikan lelaki berusia antara 40 dan 60 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1956/63 kerana memberi perlindungan kepada warga asing dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang tanpa izin memasuki atau tinggal dalam premis yang diselia dan diurus mereka.

Beliau berkata, seramai 72 rakyat asing termasuk dari Indonesia, Vietnam, Pakistan, Sri Lanka dan India berusia antara 17 dan 60 tahun turut ditahan dalam operasi itu.

"Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan selain masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta tamat tempoh," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment