My Add

Monday 17 December 2012

Tiga maut kemalangan ngeri

Oleh FARIK SALLEH

KOTA TINGGI, AHAD,, 16 Disember, 2012: Tiga termasuk seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya Mac depan, maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang terkorban ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau; Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21, dari Felda Sungai Mas.

Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah semasa dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula selepas lima jam diberi rawatan di HKT.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Siti Noraizah dari arah Kota Tinggi ke Sungai Rengit bergesel dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment