My Add

Tuesday 11 December 2012

Tiga pendekatan holistik dilaksana mantapkan PKP: Saifuddin

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan tiga pendekatan holistik dalam usaha memantapkan Program Kebolehpasaran Pelajar (PKP) yang mensasarkan 75 peratus graduan mendapat pekerjaan sesuai dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiga pendekatan holistik yang dilaksana secara bersepadu itu ialah Program Pembangunan Nilai Tambah Pelajar, Program Kebolehdapatan Kerja Graduan dan Program Kolaborasi Bersama Agensi-Agensi kerajaan.

"Iltizam pendekatan ini adalah untuk membolehkan pelajar sama ada memperoleh pekerjaan yang sesuai dari aspek tahap kelayakan dan pendapatan atau memacu pelajar-pelajar menjadi usahawan dan seterusnya mencipta pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah mengenai strategi untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan nilai-nilai kreatif, inovatif dan keusahawanan di Dewan Negara, hari ini.

Saifuddin berkata, selain itu, kerajaan turut menubuhkan 'Graduate Employability Taskforce' yang akan memberi tumpuan kepada keperluan tenaga kerja mengikut 12 bidang yang diperlukan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment