My Add

Monday 17 December 2012

Tiga sahabat didakwa rogol pembantu peribadi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan seks luar tabii, merogol dan bersubahat melakukan perbuatan itu terhadap seorang pembantu peribadi, tiga bulan lalu.

Ketiga-tiga tertuduh ialah penjaga stor, Mohd. Khairi Ahmad, 25, juruteknik, Muhammad Amirul Afizi Rosli, 21, dan tukang masak, Aswariza Abdul Aziz, 19.

Mohd. Khairi didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap gadis berusia 19 tahun itu tanpa kerelaan mangsa pada pukul 4.20 pagi di dalam bilik sebuah rumah di Taman Alam Sutera, Cheras di sini, pada 7 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment