My Add

Thursday 6 December 2012

Timba pengalaman di Muzium Coklat

*SEORANG pengunjung, Marleena Mustaffa kagum melihat naga yang diperbuat daripada coklat antara yang dipamerkan di Muzium Coklat di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR, RABU, 05 Disember, 2012: Penubuhan Muzium Coklat oleh DR Group Holdings Sdn. Bhd. (DR Group Holdings) di Kota Damansara dekat sini, mampu meningkatkan pengetahuan mengenai industri coklat di samping dapat membantu produk itu yang dikeluarkan syarikat tempatan menembusi pasaran lebih luas.

Timbalan Pengarah Urusan DR Group Holdings, Mohd. Khairudin Abdul Jalil berkata, muzium pertama di Asia Tenggara itu juga membuka peluang kepada orang ramai mendapat maklumat berhubung asal-usul, manfaat kesihatan dan proses pembuatan coklat.

"Muzium ini juga membolehkan orang ramai melihat demonstrasi cara penyediaan coklat menggunakan mesin salut coklat, mesin percetakan dan teknik pencairan coklat," katanya dalam sesi lawatan bersama media ke muzium itu, di sini hari ini. - UTUSAN

 

1 comment:

  1. Salam sis,
    Seronok juga pergi muzium ni sebab boleh dapat banyak informasi pasal asal usul koko & coklat.. Siapa2 yang berminat dengan sejarah tu mesti teruja dapat info2 baru :)

    ReplyDelete