My Add

Thursday 6 December 2012

Tindakan segera terhadap pesalah dagang manusia

KUALA LUMPUR, RABU, 05 Disember, 2012: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak berkuasa segera mengenakan tindakan terhadap setiap pesalah pemerdagangan orang yang berjaya diberkas.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, mangsa yang diselamatkan pula perlu diberi pilihan sama ada menjadi pekerja sah dari segi undang-undang atau kembali semula ke negara masing-masing.

"Saya menggesa pihak berkuasa memastikan tindakan dan bantuan diberikan segera untuk merealisasikan pilihan tersebut diikuti dengan akses kepada kedutaan terlibat untuk berhubung dengan mangsa bagi mempercepatkan proses itu.

"Suhakam memandang berat perkara ini termasuk kejadian pekerja asing tanpa izin domestik yang dikurung seperti dilaporkan media tempatan baru-baru ini serta dakwaan mereka didera dan dipaksa bekerja tanpa gaji oleh agensi pembantu rumah berlesen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment