My Add

Friday 7 December 2012

Tok Mun simpan hasrat bertanding lagi di Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Mungkin masih ramai mengingati Maimun Yusof atau "Tok Mun", warga emas yang mencabar jagoan Pas, Mohamad Sabu dan calon Barisan Nasional (BN) (Allahyarham) Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2008.

Sekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa.

"Kalau Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang susah Tok nak bagi rumah kepada mereka," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Jalan Panji Alam di sini.

Beliau bagaimanapun sedar hasratnya untuk bertanding sekali lagi mungkin sukar menjadi kenyataan kerana faktor kewangan selain tiada siapa mahu menjadi pencadang dan penyokongnya.

Pada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment