My Add

Wednesday 5 December 2012

Tradewinds serah zakat RM4 juta kepada MAIWP

Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, RABU, 05 Disember, 2012: Kumpulan Tradewinds (M) Bhd. menyerahkan zakat perniagaan lebih RM4 juta kepada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu majlis di sini hari ini.

Bayaran bagi tahun perniagaan berakhir 31 Disember 2011 itu adalah membabitkan Trandewinds (M) Bhd. (RM3.3 juta), Tradewinds Plantation Bhd. (RM835,580) dan Padiberas Nasional Bhd. (RM71,987).

Zakat tersebut diserahkan oleh Pengerusi Tradewinds (M) bhd., Datuk Syed Abdul Jabbar Syed Hassan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Syed Abdul Jabbar dalam ucapannya menyifatkan penyerahan zakat itu sebagai lambang komitmen organisasi dalam melaksanakan tuntutan agama dan memajukan ekonomi umat Islam sendiri. - UTUSAN = UTUSAN

No comments:

Post a Comment