My Add

Wednesday 5 December 2012

Transformasi sumbang kejayaan negara - Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012: Keupayaan para pemimpin negara melaksanakan visi transformasi yang mereka perkenalkan, dilihat sebagai salah satu faktor yang akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah negara.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, transformasi merupakan peringkat tertinggi dalam proses perubahan dan sesuatu perkara yang mengalami proses transformasi tidak lagi sama dengan keadaan asalnya.

''Transformasi bukan hanya sekadar melakukan perubahan kecil. Beta tahu istilah 'transformasi' sangat popular kebelakangan ini malah perkataan itu terlalu kerap disebut.

''Individu yang bersikap praktikal dalam kalangan kita turut mempersoalkan sama ada segala cabaran yang dihadapi dapat ditangani oleh entiti, institusi dan mekanisme sedia ada? Jika tidak, apakah bentuk perubahan yang diperlukan?," titah baginda pada Persidangan Antarabangsa Tentang Pengajian Antarabangsa (ICIS) Ke-4 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment