My Add

Thursday 20 December 2012

Tribute P. Ramlee singgah di Plaza Angsana, Johor Sabtu ini

JOHOR BAHRU, rabu, 19 Disember, 2012: Penganjuran Malam Anugerah P. Ramlee semakin terasa bahangnya, apabila siri jelajah Tribute P. Ramlee singgah ke selatan tanah air dengan pusat beli belah Plaza Angsana, di sini menjadi lokasi pertamanya pada Sabtu ini.

Bersempena dengan siri jelajah tersebut, satu pertandingan karaoke bertemakan lagu seniman agung itu dan isterinya, Saloma akan diadakan pusat beli-belah tersebut pada 22 Disember ini.

Pendaftaran akan dibuka seawal pukul 10.30 pagi dan terbuka untuk semua golongan usia warganegara Malaysia dengan yuran hanya RM10 sama ada secara solo mahupun berkumpulan.

Bertujuan mengenang jasa dan karya seniman itu selain memastikan beliau terus diingati oleh generasi muda masa kini, ia juga merupakan langkah proaktif Suhan Movies, Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penganjur mempromosikan majlis anugerah yang julung kali akan diadakan pada 31 Mac hadapan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment