My Add

Friday 21 December 2012

Tuan Tat tuntut Xavier minta maaf

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Bekas Pengerusi DAP cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat memberi tempoh seminggu kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar untuk meminta maaf di atas kenyataan yang mendakwa beliau dibayar oleh pihak tertentu bagi mensabotaj pakatan pembangkang.

Tegasnya, beliau tidak pernah dibayar oleh mana-mana pihak dan sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Xavier sekiranya kenyataan itu tidak ditarik balik.

Katanya, Xavier tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan demikian terhadap perjuangan beliau membela Kuil Sri Maha Mariamman di Ladang Teluk Merbau, Sungai Pelek agar mendapat kurniaan tanah seluas 0.8 hektar daripada kerajaan negeri Selangor dan tidak dirobohkan begitu sahaja.

"Xavier membuat kenyataan kononnya saya dibayar, jadi saya mahu dia memohon maaf dalam masa seminggu, jika tidak, saya mempunyai hak untuk menyamannya," katanya dalam sidang akhbar di Bandar Sungai Long di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment