My Add

Monday 24 December 2012

Tukang paip perompak telefon bimbit

KUALA LUMPUR,,ISNIN, 24 Disember, 2012:— Seorang tukang paip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merompak 30 buah telefon bimbit serta aksesori telefon membabitkan jumlah RM4,500 dua minggu lepas.

B. Sangkar, 34, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap pekerja kedai telefon bimbit, Wong Poh Ling, 35, dengan menyamun 30 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM4,000 serta aksesori telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM500.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kedai telefon bimbit Sitatt Watch & Telecommunication Sdn. Bhd., di Bandar Baru Sentul, dekat sini pada pukul 12 tengah hari, 15 Disember lepas.

Sangkar yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan lantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment