My Add

Wednesday 12 December 2012

Tun Mahathir sangkal double standard

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan berkempen untuk menentang barisan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pemerintahan kerajaan.

Malah, katanya, beliau juga tidak pernah mengamalkan pilih bulu untuk berkempen kepada mana-mana pemimpin.

"Setakat ini, bagi pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak, saya amat berpuas hati.

"Malah, saya ingin menafikan tuduhan bahawa saya mengamalkan double standard terhadap pemimpin terdahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian di antara Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. dengan Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil.

Ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya umum sewajarnya ditetapkan dalam tempoh tertentu, Mahathir menjawab, ia tidak perlu dibuat sedemikian.

Katanya, Malaysia telah lama mengikut sistem yang dijalankan oleh kerajaan Britain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment