My Add

Wednesday 12 December 2012

Tunjuk perasaan bantah Mursi berlarutan
 *PENYOKONG kerajaan saling tolak-menolak dengan penunjuk perasaan 
antikerajaan selepas kumpulan pembantah menyekat pintu pagar sebuah 
bangunan kerajaan, berhampiran Dataran Tahrir di Kaherah, 
Mesir, semalam. - REUTERS
KAHERAH, SELASA, 11 Disember, 2012: Sembilan penunjuk perasaan cedera selepas beberapa penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kumpulan itu yang memenuhi Dataran Tahrir hari ini, ketika pembangkang dan penyokong Presiden Mohammed Mursi merancang mengadakan pungutan suara mengenai Perlembagaan baharu Sabtu ini.

Media tempatan melaporkan, kenderaan polis turut kelihatan mengawasi kawasan itu buat kali pertama sejak tunjuk perasaan besar-besaran diadakan 23 November lalu, selepas pemimpin itu mengeluarkan satu dekri yang meluaskan kuasanya.

Menurut saksi, sesetengah daripada penyerang yang memakai topeng muka itu, turut bertindak melemparkan bom petrol yang menyebabkan berlaku kebakaran kecil. - AGENSI

No comments:

Post a Comment