My Add

Monday 17 December 2012


Tunku Aziz: Ketiadaan calon Melayu bukti DAP parti cauvinis, perkauman

KUALA LUMPUR, AHAD,16 Disember, 2012: Ketiadaan calon Melayu di dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas gagal mendapat undi terbanyak daripada perwakilan seharusnya menyedarkan setiap orang Melayu negara ini bahawa parti tersebut bersifat cauvinis dan perkauman.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara tersebut sering dibangkitkannya sebelum ini dan perkembangan yang berlaku di dalam pemilihan sempena Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 itu jelas membuktikan orang Melayu sememangnya tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada parti berkenaan.

Beliau berkata, orang Melayu perlu menerima hakikat laungan DAP untuk membantu mereka hanyalah sekadar retorik dan cakap kosong semata-mata.

''Orang Melayu perlu sedar terhadap apa yang berlaku di Kongres DAP semalam. DAP tidak boleh diharapkan untuk membela nasib kita," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment