My Add

Tuesday 11 December 2012

Tuntut ganti rugi RM16 juta

Oleh AQMAR ALLADAD 
 *SAID ANUAR (empat dari kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal Selangor membuat demonstrasi secara aman kepada Kerajaan Selangor yang didakwa tidak membayar elaun mereka di Gombak semalam.

GOMBAK, ISNIN, 10 Disember, 2012: Seramai 3,011 ibu tunggal di Parlimen Gombak akan memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM16 juta daripada kerajaan Selangor kerana tidak mendapat elaun seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 Pakatan Rakyat pada empat tahun lalu.

Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Murtini Kasman berkata, tindakan itu diambil berikutan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga kini gagal menjaga kebajikan ibu tunggal seperti yang dijanjikan.

“Sehingga ke saat ini, ibu tunggal di Selangor tidak mendapat sebarang manfaat daripada manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang.

“Malahan mereka memutar belit kononnya manifesto itu tiada ikatan perjanjian undang-undang,” katanya pada majlis demonstrasi secara aman menuntut elaun daripada kerajaan negeri Selangor di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia di sini semalam.  - Kosmo

No comments:

Post a Comment