My Add

Sunday 16 December 2012

Tuntutan DAP bakal cetus sengketa pakatan pembangkang

PASIR GUDANG: Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin, berkata keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.

"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka juga parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.

"Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi itu mengulas kenyataan Lim yang mahukan tambahan
13 kerusi, iaitu tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN)pada PRU 13.

Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di
Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102
kerusi DUN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment