My Add

Wednesday 5 December 2012

Tuntutan naik pangkat pensyarah dibenarkan

ALOR SETAR, RABU, 05 Disember, 2012:  Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini membenarkan tuntutan kenaikan pangkat seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pensyarah kanan yang dihalang universiti itu empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab juga memerintahkan UUM membayar faedah gaji tertunggak kepada plaintif, Dr. Abdul Halim Mohamed, 46, pada kadar empat peratus setahun mulai Jun 2008.

Mahkamah turut membenarkan faedah lapan peratus setahun mulai tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan memerintahkan kos ditanggung oleh defendan pertama, bekas Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan UUM sebagai defendan kedua.

Abdul Halim pada 11 April 2010 memfail saman menuntut kedua-dua defendan membuat deklarasi bahawa beliau telah memegang jawatan pensyarah kanan sejak Jun 2008 dan berhak jawatan profesor madya.

Plaintif turut menuntut defendan kedua membayar tunggakan gaji, ganti rugi teladan sebanyak RM500,000, pembayaran balik kos pengajian RM200,000 dan ganti rugi akibat tekanan (stres). — BERNAMA

No comments:

Post a Comment