My Add

Wednesday 12 December 2012

UMNO-MIC setuju pertukaran kawasan - Zambry

IPOH, SELASA, 11 Dis.ember, 2012:UMNO dan MIC pada dasarnya bersetuju berhubung pertukaran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi di Perak pada pilihan raya umum akan datang serta sedang memikirkan kawasan yang sesuai bagi tujuan itu, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata pertukaran kawasan merupakan antara perkara dibincangkan parti komponen BN, namun selagi ia tidak dipersetujui secara bersama, komponen BN tidak akan membuat sebarang keputusan.

"Malah kuota yang diperkenalkan itu juga, kita (komponen BN) perlu hormat antara satu sama lain. Bukan (kerusi DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang) itu sahaja, mungkin ada kawasan lain, tapi pada asasnya adalah kehendak dan persetujuan bersama," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis Hari Bertemu Pelanggan kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bahawa parti itu berminat membuat pertukaran kawasan DUN di Perak dengan parti komponen BN lain pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment