My Add

Tuesday 18 December 2012

UMNO-Pedim terbit buku bimbingan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 DisEMBER, 2012: UMNO dan Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia Sdn. Bhd. (Pedim) akan menerbitkan beberapa buku serta risalah secara bersama bagi membimbing umat Islam tempatan memahami isu-isu semasa, khususnya berkaitan ajaran agama tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, antara topik yang akan diterbitkan adalah berkaitan perpaduan masyarakat Islam tempatan serta isu fahaman liberalisme, pluralisme, murtad, hudud, syiah, ahli sunnah wal jamaah, jabariyah dan khadariyah.

Katanya, sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam dan orang Melayu, UMNO mempunyai tanggungjawab membimbing masyarakat itu dalam mendapatkan kefahaman tepat tentang isu-isu berkenaan serta mempromosi penyatuan umat Islam.

“Penerangan UMNO akan mendapatkan kerjasama Pedim bagi penerbitan segera serta mungkin penerbitan semula (terbitan Pedim) isu agama yang dipolitikkan dalam perbualan yang bertujuan untuk meluruskan apa yang tak lurus dan membetulkan apa yang sudah disalah anggap," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment