My Add

Friday 7 December 2012

UMNO tebus maruah umat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
 *DR. MAHATHIR Mohamad melihat potret kanvas sambil diberi penerangan oleh Pengerusi Caprice Group Turkey, Fadil Akgunduz dalam Seminar Antarabangsa Standard Pelancongan Islam di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengerusi Universal Crescent Standard Centre (UCSC), Prof. Datuk Dr. Ismail Ibrahim (kiri). - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO berjaya menebus semula maruah umat Islam sekali gus membuktikan negara Islam mampu mencapai kejayaan seperti mana negara-negara lain

Bekas Perdana Menteri itu berkata, berdasarkan kepada faktor tersebut selain faktor kejayaan UMNO dan BN membangunkan negara, rakyat perlu memberi mandat kepada parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pada masa sama beliau sekali lagi mengingatkan kepada semua rakyat bahawa kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia sejak 55 tahun lalu akan musnah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat untuk memerintah

"Rosak, rosak habis sekiranya pembangkang memerintah negara. Segala kemajuan yang kita kecapi selama 55 tahun ini akan dihancurkan oleh mereka.

"Berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN), sudah terbukti yang kita berjaya membawa pembangunan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama dalam Seminar Antarabangsa Standard Pelancongan Islam kali pertama bertemakan Standard Kualiti Hotel Menurut Perspektif Islam di sini hari ini.

Peserta yang hadir dalam seminar itu terdiri daripada pengusaha-pengusaha dalam industri pelancongan dari negara-negara Islam seluruh dunia.

Semalam, Dr. Mahathir mahu semua ahli UMNO bersatu memberikan sokongan kepada siapa sahaja calon BN dalam PRU-13 akan datang walaupun yang dipilih itu daripada pemimpin parti komponen.

Mengulas lanjut Dr. Mahathir berkata, pihak pembangkang sudah pasti akan merosakkan segala-galanya demi memperlihatkan kekuasaan jika menang kerana itulah sebenarnya wajah mereka.

Tegas beliau, sememangnya rakyat tidak akan dapat lari daripada menghadapi kesan yang amat buruk sekiranya perkara itu benar-benar berlaku memandangkan cara pembangkang mentadbir bukannya baik untuk negara.

Sementara itu ketika ditanya mengenai budaya cah keting di dalam UMNO beliau percaya kepimpinan parti sedang berusaha mengurangkan budaya negatif tersebut.

Mengenai potensi bidang pelancongan berteraskan Islam, Dr. Mahathir percaya industri itu boleh berkembang kerana sudah ada permintaan daripada pelancong-pelancong khususnya pelancong Islam.

Beliau berkata, itu termasuk penyediaan perkhidmatan hotel bercirikan Islam yang sekarang ini telah bamyak disediakan terutama di negara-negara Islam.

"Sebelum ini kita terlalu bergantung dengan kemudahan yang mengikut cara Eropah dan kita terpaksa menerimanya tetapi sekarang terdapat orang Islam yang berkeupayaan memberi perkhidmatan sejajar dengan kehendak Islam," ujarnya

Terdahulu di dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, Islam tidak pernah menghalang penganutnya mengecapi kemewahan tetapi mestilah bersandarkan sumber-sumber halal antaranya terlibat dengan industri pelancongan.

"Kebanyakan negara-negara Islam mempunyai produk-produk pelancongan yang mampu menarik pelancong datang ke negara mereka antaranya kesan-kesan tamadun Islam terdahulu. Ambillah peluang ini untuk kita memperkenalkan tamadun Islam kepada orang lain," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment