My Add

Wednesday 19 December 2012

Usah anggap sebagai basi

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
 
BESUT, SELASA, 18 Disember, 201: Bayangkan jika saudara terdekat yang sedang uzur enggan membenarkan anda menziarahinya malah berpesan jika meninggal kelak, jangan biarkan anda turut bersama menyembahyangkan jenazah.

Seolah-olah tiba-tiba anda dalam kelompok kafir yang perlu dimusuhi, tidak harus didekati sedangkan anda tidak pernah berseteru, cuma tidak bersama dalam kelompok parti yang dilaung-laungkan sebagai parti Islam dan parti Allah.

Demikian hinanya anda yang hanya melihatkan dari jauh kenduri kendara jiran apabila tidak lagi diundang kerana parti yang berbeza dan mereka memaling muka daripada menerima jemputan ke majlis yang anda adakan.

Itulah sebahagian daripada sekian banyak rentetan peristiwa yang pernah dilalui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali  kesan daripada pegangan terhadap Amanat Haji Hadi yang membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment