My Add

Friday 7 December 2012

Usaha kurangkan penghidap obesiti mulai 2013

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Kementerian Kesihatan komited dalam mengurangkan bilangan penghidap obesiti mulai tahun hadapan, kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, langkah tersebut diambil dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan produktif memandangkan penghidap obesiti di negara kini dilaporkan meningkat kepada 15.1 peratus atau 2.5 juta berbanding 14 peratus pada 2006.

Tumpuan katanya, akan diberikan kepada kaedah pencegahan terutamanya membabitkan penyakit tidak berjangkit (NCD) dengan menggalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.

"Walaupun sistem kesihatan negara adalah yang terunggul serta mudah diakses di rantau ini, namun peningkatan (statistik) NCD amat membimbangkan.

"Apabila obesiti semakin berkurangan, sekali gus akan mengurangkan NCD seperti diabetes, kardiovaskular, kanser serta penyakit respiratori kronik," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Medik TV Live Now di sini hari ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment