My Add

Monday 10 December 2012

Usaha Sepakat Resources edar Utusan Malaysia di hospital

KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Usaha Sepakat Resources (USR) menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang akan diedarkan di kawasan-kawasan hospital kerajaan, swasta serta pusat-pusat perubatan Islam.

Konsultan USR, Zulkarnain Md. Khamis berkata, USR adalah pengedar sah untuk memasarkan produk Tongkat Ali Nu-prep 100 kepada lebih 1,000 farmasi dan kedai ubat tradisional di Malaysia.

Katanya, produk tersebut terbukti secara saintifiknya sebagai harta khazanah negara dari warisan nenek moyang kerana mampu meningkatkan stamina, mengatasi kelesuan, meningkatkan taraf kesihatan diri secara keseluruhan dan melancarkan pengaliran darah.

"Dengan kemampuannya sebagai anti demam, anti kanser dan anti penuaan, produk ini sangat bersih serta baik kepada tubuh badan manusia kerana telah melalui proses larut dalam sepenuhnya dan dikering sejuk beku. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment