My Add

Sunday 9 December 2012

USM juara Kuiz Pelaburan PNB

KOTA BAHARU, AHAD, 09 Disember, 2012: Universiti Sains Malaysia (USM) muncul juara pertandingan akhir Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2012 kategori universiti, di sini, hari ini.

Pasukan USM yang diwakili Loh Wai Seng, Goh Pei Ying dan Kwan Shang Zu, mengalahkan tiga pasukan lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Naib johan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diwakili Muhammad Ilham Yasri, Muhammad Arif Sodri dan Mohammad Saufee Yusli, meraih wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala tempat keempat disandang oleh Universiti Malaya (UM).

Hamad Kama Piah dalam ucapannya berkata, kategori itu disertai 3,148 pelajar dari 31 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Katanya, kuiz pelaburan yang mula diperkenalkan pada 2001 itu melibatkan empat kategori iaitu universiti, sekolah menengah, badan beruniform dan institut pendidikan guru.

Ia menjadi platform bagi memberi pendedahan dan pendidikan mengenai dunia kewangan, pelaburan dan ekonomi serta konsep risiko dan pulangan dalam pelaburan berteraskan pelaburan jangka panjang kepada masyarakat. — BERNAMA 

No comments:

Post a Comment