My Add

Friday 14 December 2012

UTM, Oxford wujud kerjasama

Oleh MOHD. AZRIN MUHAMMAD

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkatkan lagi sumbangan, penglibatan serta rangkaian global dalam bidang perindustrian dan matematik gunaan menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Oxford di United Kingdom.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, usaha itu semakin kukuh dengan pelancaran Pusat Perindustrian dan Matematik Gunaan UTM (The Centre) dan hubungan strategik dengan Oxford Centre for Industrial and Applied Mathematics (OCIAM).

"Pelancaran ini merupakan strategi jangka masa panjang UTM melalui kerjasama dengan universiti ternama antarabangsa bagi mewujudkan rangkaian penyelidikan global sekali gus menambah jumlah pelajar dan kakitangan di Universiti Oxford.

"Kerjasama ini juga dapat membuka ruang kepada pelan strategik UTM untuk meningkatkan profil akademik antarabangsa di samping menyokong prinsip dan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi membawa pelajar tempatan ke peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment