My Add

Saturday 15 December 2012

Utusan akan kemuka rayuan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Utusan Melayu (M) Bhd. bercadang mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memerintahkan syarikat itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung penerbitan satu artikel berunsur fitnah ke atas beliau.

Karpal mengemukakan saman terhadap syarikat penerbitan tersebut bagi menuntut ganti rugi RM10 juta berhubung artikel bertajuk Dap diingat jangan bakar perasaan Melayu yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 25 Ogos 2008.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan jumlah RM50,000 sebagai ganti rugi am selain kos RM20,000 setelah syarikat terbabit yang dinamakan sebagai defendan memfitnah Karpal selaku plaintif.

Beliau bagaimanapun menolak tuntutan plaintif untuk mendapatkan ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment