My Add

Tuesday 18 December 2012

V. N. Ramadas, Siow Ho Phiew dilantik Adiguru Kraf 

*MOHD. Kamil Mohd. Ali beramah mesra dengan Siow Ho Phiew (kiri) dan V.N. Ramadas selepas mengumumkan pelantikan mereka sebagai Adiguru Kraf di Rawang, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Dua penggiat seni kraf, V.N. Ramadas, 61, dan Siow Ho Phiew, 57, dilantik sebagai Adiguru Kraf oleh Kraftangan Malaysia sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang tersebut.

Adiguru adalah gelaran yang diberikan pihak Kraftangan Malaysia kepada penggiat seni kraf yang banyak memberikan sumbangan dalam mengembangkan seni itu selain dilantik sebagai pakar rujuk dan pengajar seni kraf.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, pelantikan Adiguru Kraf adalah di bawah Program Pengiktirafan Tokoh Kraf yang bertujuan memastikan seni pertukangan kraf dapat diteruskan dan dikekalkan, khususnya dalam konteks pembangunan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment