My Add

Sunday 16 December 2012

Wanita BN gesa kerajaan kaji balik dasar ambil amah

 Shahrizat Jalil
 KUALA LUMPUR, AHAD, 16 Disember, 2012: Wanita Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan mengkaji semula polisi pengambilan pembantu rumah asing yang pada masa ini rumit dan kompleks sehingga memberi kesulitan kepada majikan terutama wanita.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sistem yang diguna pakai sekarang hanya menguntungkan agensi pembantu rumah sebagai orang tengah dengan mengenakan bayaran atau caj yang tinggi sehingga membebankan majikan dan juga pembantu rumah.

"Sistem yang baharu hendaklah memastikan kos dan bayaran pengambilan pembantu rumah asing ini diturunkan ke paras yang munasabah.

"Ini bagi mengelak pengambilan keuntungan berlebihan oleh ejen-ejen berkaitan dan sekali gus dapat mengurangkan beban bakal majikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat berkata, Wanita BN turut mengesyorkan, jika perlu, penubuhan satu unit atau agensi khas di bawah mana-mana kementerian untuk mempermudah sistem pengambilan dan pemantauan isu berkaitan pembantu rumah rakyat asing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment