My Add

Saturday 15 December 2012

Warga Myanmar paling ramai jadi pengedar dadah jalanan di KL

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Warga Myanmar adalah yang paling ramai ditahan berkaitan kes pengedaran dadah membabitkan warga asing di sekitar ibu kota tahun ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Adnan Azizon berkata, daripada 393 warga asing yang ditahan bersabit pengedaran dadah bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, 179 adalah rakyat Myanmar.

"Pengedar membabitkan warga Myanmar dikenal pasti menjalankan kegiatan di sekitar kawasan pasar borong dan kebanyakannya mengedar secara kecil-kecilan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati pengedar warga Myanmar menjual dadah jenis heroin.

Beliau berkata, selain warga Myanmar, warga Indonesia serta Iran juga antara yang ramai ditahan iaitu Indonesia (51) dan Iran (35) manakala bakinya membabitkan warga negara lain termasuk Nigeria dan Pakistan.

"Tetapi kalau warga Iran, Nigeria dan Pakistan mereka lebih cenderung dalam pengedaran dadah jenis syabu," katanya.

Semua mereka ditangkap menerusi beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di sebuah tapak semaian di Jalan Hulu Langat, Batu 9, Cheras pada September lalu, yang menyaksikan tiga orang termasuk sepasang suami isteri dan seorang lelaki Bangladesh diberkas dan 9.1 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM300,000 dirampas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment