My Add

Saturday 8 December 2012

Warga Nigeria maut selepas kereta bertembung lori

SEREMBAN, SABTU, 08 Disember, 2012: Seorang lelaki warga Nigeria maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Batu 7, Jalan Seremban-Mantin, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Shadarach, 22, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Mantin, dekat sini memandu kereta jenis Proton Saga BLM dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Mantin.

"Ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri memotong beberapa kenderaan ketika menuruni bukit di jalan tersebut sebelum kenderaannya hilang kawalan di satu selekoh.

"Kenderan mangsa kemudian terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori dan rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa remuk dan mangsa maut ditempat kejadian,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment