My Add

Sunday 16 December 2012

Waspada ancaman fizikal dan habuan - TPM

TELOK KEMANG, AHAD, 16 Disember, 2012-Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu anggota keselamatan berwaspada dengan ancaman fizikal serta habuan kewangan dan kebendaan yang tidak selari dengan kehendak undang-undang dan etika pekerjaan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, perkara itu hendaklah sentiasa diawasi supaya anggota keselamatan dapat mempamerkan profesionalisme yang tinggi, imej dan keterampilan terpuji.

``Habuan ini atau kata lain rasuah, tidak mudah dikesan, tetapi lambat laun akan dikesan juga. Tindakan diambil terhadap kita jauh lebih berat iaitu dipenjara dan masa depan kita dan keluarga akan musnah,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perbarisan perdana sempena tamat latihan kursus asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2012 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Penglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment