My Add

Saturday 8 December 2012

Waspada dana khas biayai ahli BN sabotaj parti

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 2012: UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan berwaspada dengan taktik kotor pembangkang yang kini mewujudkan dana khas bagi membiayai ahli BN yang kecewa untuk melakukan sabotaj serta lompat parti.

Bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau sendiri telah menerima maklumat dalaman berhubung dana khas bagi membiayai ahli UMNO serta BN yang kecewa itu supaya menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, operasi itu adalah sama seperti rancangan 16 September 2008 yang mana Anwar pernah mencuba ‘membeli’ beberapa ahli Parlimen BN untuk lompat parti dengan pelbagai tawaran namun gagal.

“Saya turut difahamkan pembayaran itu nanti akan dibuat melalui Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggunakan dana yang diterima daripada pihak asing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment