My Add

Tuesday 18 December 2012

Waspada pakej umrah terlampau murah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) menyeru orang ramai supaya tidak tertipu dengan pakej umrah terlampau murah bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

Presidennya, Mohd. Ayub Hassan berkata, terdapat banyak pakej umrah terlalu murah dan tidak masuk akal ditawarkan pihak tidak bertanggungjawab dan akhirnya hasrat jemaah untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian kerana ditipu setelah pembayaran dibuat.

"Orang ramai diminta supaya berhati-hati untuk membeli pakej terlalu murah ini kerana harga purata paling rendah untuk mengerjakan umrah adalah sekitar RM4,000 dan ke atas.

"Selalunya, pakej yang ditawarkan ejen pelancongan bertauliah termasuk bayaran mendapatkan visa, tiket penerbangan, pengangkutan, hotel, makanan dan sebagainya untuk tempoh yang telah dipersetujui. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment