My Add

Friday 21 December 2012

Waspada "pelakon politik" lama berubah nada

KOTA BELUD, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan "pelakon politik" lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

Sambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan kelangsungan politik semata-mata.

"Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kemas di Kampung Piasau, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment