My Add

Tuesday 18 December 2012

WMA: Shila tercalon 2 kategori

PETALING JAYA, ISNIN, 17 Disember, 2012: Penyanyi Shila Amzah, 22, terharu dan gembira kerana namanya tercalon untuk dua kategori di World Music Awards 2012 (WMA 2012) yang akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah itu tercalon bagi kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World Best Female Artist) yang meletakkan namanya sebaris dengan 44 artis ternama lain, antaranya Jennifer Lopez, Datuk Siti Nurhaliza, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson, Jesie J dan Selena Gomez.

Sementara itu, untuk kategori Penghibur Terbaik Dunia 2012 (World's Best Entertainer of the Year), Shila bakal bersaing dengan penyanyi dari Korea Selatan, Psy, Adele, Justin Bieber, Beyonce, Lady Gaga, Rod Stewart dan ramai lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment