My Add

Wednesday 19 December 2012

Yasmeen rakyat Malaysia pertama ahli J/kuasa Hak Kanak-kanak PBB

NEW YORK, RABU, 19 Disember, 2012: Peguam Yasmeen Muhammad Shariff, seorang ahli Majlis Eksekutif Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, seterusnya menjadi beliau rakyat Malaysia pertama dipilih menganggotai Jawatankuasa Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC) pada Selasa.

Yasmeen, 55, memperoleh 150 undi daripada 189 Negara Pihak yang menghadiri mesyuarat berkenaan, iaitu undi ketiga tertinggi selepas calon dari Brazil, Wanderlino Nogueira Neto, yang meraih 161 undi dan calon Austria, Renate Winter (153).

Calon lain yang dipilih ke jawatankuasa itu ialah Maria Rita Parsi (Itali), Benyam Dawit Mezmur (Ethiopia), Olga A Khazova (Russia), Sara de Jesús Oviedo Fierro (Ecuador), Peter Guran (Slovakia) dan Amal Aldoseri (Bahrain).

Mereka akan menggantikan ahli sedia ada, yang tamat perkhidmatan pada 28 Feb 2013, bagi tempoh penggal empat tahun.

Jawatankuasa itu adalah sebuah badan terdiri daripada pakar bebas yang memantau pelaksanaan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak oleh Negara Pihak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment