My Add

Sunday 23 December 2012

Yuran agensi amah perlu munasabah

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 Disember, 2012: Yuran agensi pembantu rumah perlu ditetapkan pada kadar yang lebih munasabah dan relevan dengan keperluan masyarakat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, beberapa agensi menetapkan yuran tinggi sehingga RM12,000 bagi setiap amah yang dianggap terlalu mahal bagi kebanyakan penduduk Malaysia.

"Dalam jangka panjang, saya bersetuju kuasa pasaran yang sebenarnya menjadi penentu kepada yuran ini, namun pada masa sama mereka perlu bersikap munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen pertama dunia mengenai Shirdi Sai Baba di bangunan Sri Maha Mariamman di sini semalam.

Rabu lepas, Malaysia dan Indonesia bersetuju menyemak semula struktur kos untuk me - KOSMO1mbawa masuk pembantu rumah dari republik itu. Kedua-dua negara sebelum ini mempersetujui bayaran RM4,511 bagi setiap pembantu rumah. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment