My Add

Thursday 13 December 2012

Zahid terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Thailand

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Thailand, Sukumpol Suwanatat di pejabatnya di Wisma Pertahanan di sini.

Antara yang menyertai delegasi Sukumpol ialah Ketua Kementerian Pertahanan Thailand, Jeneral Tanasak Patimapragorn; Ketua Kakitangan bersama Tentera Udara Thailand, Jeneral Muda Padetgarn Jansaewoke; Duta Thailand ke Malaysia, Krit; Timbalan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand, Surachai Nira dan Timbalan Setiausaha Tetap Thailand, Panu Uthairat.

Pertemuan itu berlangsung selama 30 minit.

Sukumpol dijadual menghadiri mesyuarat bersama Ahmad Zahid petang ini untuk berbincang lebih lanjut isu keselamatan membabitkan kedua-dua negara.

Ketibaan Sukumpol disambut dengan perbarisan kehormat Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja yang disertai 180 anggota dan pegawai.

Sukumpol dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment